Penyokong bersorak semangat bagi meraikan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MAC 2022.

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional menang 39 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam keputusan tidak rasmi yang diumumkan di Command Centre parti itu kira-kira jam 10.50 malam tadi.

Ia sekaligus membolehkan BN menang dua pertiga majoriti bagi membentuk kerajaan yang kukuh.

Bagaimanapun setakat ini keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan BN telah menang 25 kerusi.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette