KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Shila Amzah yang baru sahaja bercerai dengan Haris Idraki Elias Febuari lalu memohon diberi ruang untuk dirinya untuk lebih fokus dengan bidang nyanyiannya.
Mengakui dirinya cepat terguris dan tersinggung dengan perkara-perkara negatif sebelum ini namun kali ini, Shila lebih terbuka.
“Di kala muda, Sha selalu akan cepat terguris dengan negativity. Benda yang orang cakap, Benda yang orang tulis..
Apa sahaja lah yang berbaur negatif, Sha akan sangat cepat tersinggung.
“Sha okay je tau.. Tapi kalau kalian okay, tolong bagi Sha ruang..Selepas bercerai, iddah pun belum habis lagi.. Ini pertama kali Sha dapat fokus dengan diri sendiri,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram baru-baru ini.
Shila berkata demikian merujuk kepada tindakan netizen yang mengaitkannya kembali dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang pernah menjadi teman lelakinya sebelum ini.
Pelakon berkenaan terlebih dahulu dilihat memberi kata-kata semangat buat dirinya ketika Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL 36) baru-baru ini.
Malah, Sharnaaz juga mengakui saling berhubung dengan Shila sejak penyanyi tersebut bercerai dan tidak kisah kalau ada netizen yang mendoakan mereka.
Mengulas lanjut, Shila berkata, perkara paling utama yang dilakukannya sekarang ini adalah mahu menjadi seorang ibu yang baik kepada anaknya, Seth.
Jelasnya, buat masa ini, dia belum bersedia lagi untuk memulakan sebarang hubungannya dengan sesiapa dan mengakui masih belum sembuh setelah apa yang terjadi.-MalaysiaGazette