Menteri Besar Johor Hasni Mohammad Onn Hafiz Ghazi Johor state election
Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU – UMNO Johor tidak mampu untuk melakukan apa-apa berkaitan pelantikan menteri besar yang baharu.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, isu tersebut menyebabkan beliau malu untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO.

Shahrir berkata, sepanjang kempen Pilihan Raya Raya Negeri Johor, UMNO sememangnya sudah pasti memilih semula Datuk Hasni Mohammad sebagai menteri besar.

Artikel berkaitan:

“Malu saya. Sepanjang kempen saya ketawakan PN dan PH serta sekutu yang tidak mampu menamakan calon mereka sebagai MB.

“UMNO sudah pasti dengan Datuk Hasni sebagai MB.

“Tapi itu tidak cukup kuat. Dan UMNO Johor tidak mampu lakukan apa-apa,” katanya.

Jelas Shahrir, polemik yang berlaku menunjukkan UMNO Johor bukanlah parti yang hebat.

Walaupun parti itu boleh mendapat mandat rakyat untuk menjadi kerajaan tetapi tidak berupaya meletakkan ketua parti sebagai ketua kerajaan negeri.

“Patut saya juga jurucakap UMNO Johor di PAU kali ini. Tapi kalau saya sudah malu nak ke PAU atas nama bahagian UMNO dari negeri Johor tak adalah saya nak cakap apa-apa pun.

“Maaf kepada rakan-rakan. Saya sungguh malu dengan apa yang sudah berlaku selepas sebuah PRN yang kita menang dengan begitu cemerlang sekali di bawah kepimpinan Datuk Hasni,” katanya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadap Sultan Johor namun ketika ditemui pemberita, beliau enggan mengulas berhubung pertemuan tersebut dan siapakah yang dinamakan menteri besar.

Bagaimanapun, Hasni dalam kenyataannya membayangkan beliau tidak dilantik ke jawatan tersebut dan mencadangkan kepada UMNO supaya melantik orang muda sebagai menteri besar.

Nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Hasni adalah ADUN Machap, Onn Hafiz Ghazi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. apa NAK MALU …..inilah perangai kamu juga Sharir dan puak2 umNONGOK…dari ZAHID dan sebahagian MT jadi MUNAFIK KERANA MENIPU DAN MUNGKIR JANJI….berkata ZAHID /AHMAD MASLAN/TOK MAT….tiada yang akan dinamakan selain HASNI calon tunggal bakal MB JOHOR
    hANYA BERITA PALSU kami nak lantik FUAD

    rakyat sebelum ni sudah kenali KETUA MUNAFIK NEGARA DAN NOMBOR2 EKOR…akhirnya virus ini merebak pada Parti RASUAH NEGARA umNO

    maka PADAN MUKA mereka yang masih bersubahat menyokong mengundi PERASUAH2 terutama dalam prn johor…..sebab RASUAH bukanlah DOSA dan MUNGKAR MAKSIAT dikalangan umNONGOK…malah ia SANGAT SUCI dan diPERLUKAN…..MALU APA BOSSKU

  2. Rakyat Johor akan rasa begitu kecewa sebab masa ke.pen UMNO kata Datuk Hasni jd MB…bila dah menang, lain plak ceritanya…dakwat kat tangan pun belum kering..

  3. UNTUK MENJAGA KEMALUAN…..ZAHID MUNAFIK yg belajar dari ANWARFIKUN DAN MT2 umNONGOK AKAN BERI ALASAN kehendak SULTAN….

    APALAGI FUAD BERANI DILETAKAN DUN RENGIT BERBANDING TEMPAT ASALNYA PENGGARAM.yang terus diungguli DAPIGS…..RASUAH RASUAH PUJAAN HATI umNOngok dan penyokong tegar TOTOK
    lihatlah nanti masa PAU mereka semua akan BERLAGAK HERO2 TAMIL untuk bangsa dan negara
    ingat MENIPU ingat umNO

Comments are closed.