Hakimah Mohd Yusoff

KUALA LUMPUR – Buat julung kali seorang wanita dilantik ke jawatan tertinggi iaitu sebagai Ketua Pengarah dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pelantikan Datuk Hakimah Mohd Yusoff yang berkuatkuasa 21 Mac diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zuki, pemilihan Hakimah berdasarkan perkhidmatan beliau selama 30 tahun khususnya di Jakim.

“Pelantikan ini menjadi sejarah kepada Jakim apabila buat pertama kali diterajui oleh wanita sekaligus meningkatkan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam.

“Semoga dengan pelantikan ini dapat memacu Jakim ke ara memperkasa peranannya sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang kompetatif serta berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Hakimah sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Jakim dan dilantik kejawatan tersebut pada Oktober 2018 dan merupakan wanita pertama menjawat jawatan tersebut di Jakim.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) daripada Unibersiti Malaya pada 1990 dan Ijazah Sarjana daripada Universiti Putta Malaysia pada 2001.

Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam bermula sebagai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim pada 1992.

Hakimah sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Unit Pembangunan Islam di Jakim dan dilantik ke jawatan itu pada Oktober 2018. – MalaysiaGazette