Sumbangan MAIS sebagai solidariti kepada mangsa-mangsa banjir.

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di negeri Terengganu dan Kelantan dalam insiden 26 Februari lalu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tampil menyumbangkan RM300,000 bagi menyantuni mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir.

Sumbangan RM300,000 itu meliputi peruntukan daripada Baitulmal MAIS, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), kata Setiausaha MAIS, Ahmad Shahir Makhtar.

Daripada jumlah tersebut, MAIS menyumbang wang tunai sebanyak RM100,000 manakala agensi dan anak syarikat MAIS iaitu LZS menyumbang berjumlah RM100,000 dan YIDE mengagihkan bantuan sebanyak 1,000 pek makanan asas dengan nilai sumbangan sebanyak RM100,000.

Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) pula berperanan membekalkan pek makanan asas kepada mangsa-mangsa banjir.

Sumbangan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan masing-masing menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100,000 (RM50,000 daripada MAIS dan RM50,000 daripada LZS) dan 500 pek makanan asas dengan nilai RM50,000 bagi setiap negeri.

Sumbangan MAIS ini adalah bertujuan sebagai tanda solidariti di antara Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) bagi menyantuni mangsa yang terkesan akibat banjir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast