Erma Fatima

KUALA LUMPUR – Penulis skrip adegan panas drama Perempuan Itu, Erma Fatima tampil memberi bayangan seolah-olah satu kebenaran akan terbongkar tidak lama lagi.

“Insya-Allah, kebenaran akan didedahkan tidak lama lagi,” tulisnya ringkas di Instagram miliknya hari ini.

Menerusi hantaran sama, sutdara yang terkenal dengan drama Mak Cun itu turut memuat naik foto seekor harimau sedang bertapa atau dalam fasa menenangkan diri.

“Pejuang yang hebat tidak pernah marah,” tulisnya pada foto tersebut.

Namun kakak kepada pelakon Umie Aida itu telah menutup ruangan komen Instagramnya.

Sejak malam tadi, media sosial digemparkan dengan sebuah video sedutan drama Perempuan Itu arahan Erma yang memaparkan beberapa adegan panas lakonan Zul Ariffin bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Babak yang dikatakan persis filem lucah itu mendapat kritikan ramai serta turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad hari ini.

Rata-rata netizen mengecam aksi panas itu selain drama tersebut dikatakan bakal disiarkan pada bulan Ramadan nanti.

Selain Erma, Zul juga mengambil pendekatan berdiam diri tanpa sebarang penjelasan rasmi selepas dia mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video tersebut.

Drama Perempuan Itu yang turut dibintangi Mimi Lana diarahkan oleh Ain Sharif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast