Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 19 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan yang dipimpinnya tidak akan membenarkan penjarahan wang milik Petroleum Nasional Berhad (Petronas) sewenang-wenangnya seperti dilakukan oleh Pakatan Harapan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan azamnya selagi Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh UMNO.

Menurutnya, prestasi syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLiC) pada tahun lalu semakin baik.

”Sebagai contoh, Petronas mencatat keuntungan sebanyak RM48.6 bilion erbanding kerugian RM1.137 bilion pada tahun 2020,” katanya ketika menggulung ucapan Naib Presiden UMNO hari ini.

GLC dan GLIC juga telah memberikan sumbangan kepada Keluarga Malaysia melalui tanggungjawab sosial korporat.

Dalam tempoh dua tahun sejak 2020 Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC/GLIC (GDRN) telah berjaya membantu lebih 450,000 orang yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan banjir dengan pelbagai jenis bantuan bernilai RM327 juta.

KWSP pula mengagihkan dividen sebanyak 6.1 peratus dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera 4.1 peratus, kedua-duanya n ini adalah yang tertinggi sejak tahun 2018.

Ismail Sabri berkata, sejak UMNO menerajui semula kerajaan, ekonomi negara kita berkembang sebanyak 3.6 peratus pada suku keempat berbanding menguncup 4.5 peratus pada suku ketiga tahun 2021.

Jumlah eksport negara pula meningkat sebanyak RM28.2 bilion (Ogos-Disember 2021), disokong dengan aliran masuk Pelaburan Terus Asing (FDI) sebanyak RM24.7 bilion pada suku tahun keempat berbanding RM12.8 bilion bagi suku ketiga.
”Inilah bukti keyakinan para pelabur luar negara terhadap kerajaan pimpinan UMNO,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Wow. Ph 22 bulan sempat juga curi wang Petronas . Biar betul. Yang aku tahu 1mdb je hangat sampai mahkamah . Hal petronas ni tak siasat lagi ke . Kalau fitnah aku harap ph saman lah . Jangan rakyat tertanya2

Comments are closed.