JERANTUT – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendaki Bukit Merah setinggi 371 meter dengan rekod 21 minit.

Baginda mendaki bersama rakyat jelata bermula jam 8.15 pagi sempena Pahang Hiking Day 2022 dan tiba di puncak bersama 100 pendaki secara berperingkat.

Setibanya di puncak, baginda berkenaan merasmikan tugu papan tanda ‘I love Bukit Merah’ yang terletak di Padang Piol, Jerantut.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Sallehuddin Ishak mengiringi keberangkatan baginda.

Program yang dianjurkan Tourism Pahang itu mendapat sokongan dan penyertaan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang mensasarkan semua lokasi pendakian menarik di Pahang.

Pahang Hiking Day disertai 1,500 pendaki hari ini di 13 lokasi di negeri pada hari ini.

Bukit Merah yang juga dikenali Bukit Buluh menjadi lokasi pendaki di negeri ini mempunyai laluan rata di ladang kelapa sawit, cerun berbatu dan hutan pokok buluh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast