KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 yang direkodkan semalam terus berkurangan dengan mencatatkan 17, 828 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan.
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan pengurangan sebanyak 1,277 kes dan kini jumlah jangkitan virus berkenaan dalam negara mencecah 4,010,952.
Menurutnya, dalam bilangan kes harian berkenaan, sebanyak 17,421 kes adalah jangkitan tempatan manakala selebihnya adalah kes import, katanya dalam satu kenyataan.
Sebanyak 9,121 kes (kategori 1); 8,551 kes (kategori 2); 55 kes (kategori 3); 48 kes (kategori 4) dan 53 kes (kategori 5).
Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, kes sembuh terus melebihi kes jangkitan apabila 28,003 kes direkodkan semalam.
Dalam pada itu, tambah beliau, sebanyak dua kluster baharu telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Jumlah kluster terkini adalah 6,914, kluster yang aktif 292 dan yang telah tamat 6,622,” tambahnya. – MalaysiaGazette