Pesawat Jet2. foto PA

VIENNA – Sebuah pesawat terpaksa melencong selepas seorang wanita dalam keadaan “tidak terkawal” menjadi agresif dan didakwa menampar penumpang lain di dalamnya.

Kejadian itu berlaku ketika pesawat Jet2 dalam penerbangan ke Antalya, Turki selepas berlepas dari Manchester sekitar jam 9.15 pagi Isnin – dengan jangkaan masa penerbangan hampir empat setengah jam.

Tetapi ketika penerbangan itu separuh jalan, insiden gangguan yang melibatkan penumpang memaksa juruterbang itu melencong ke Vienna.

Penumpang terpaksa menunggu di atas kapal di ibu negara Austria sebelum berlepas ke Antalya buat kali kedua pada pukul 1 tengah hari – dengan pesawat akhirnya mendarat pada pukul 3 petang, lapor Manchester Evening News.

Sebuah pesawat terpaksa melencong selepas seorang wanita “tidak terkawal” menjadi agresif dan didakwa menampar penumpang lain di dalamnya.

 

Seorang pengembara dalam penerbangan yang enggan dikenali menjelaskan bagaimana seorang penumpang wanita membuat bising.

“Wanita itu kemudian meluru ke depan pesawat, memarahi kakitangan Jet2 dan tidak mampu bertenang. Suaranya semakin kuat dan lebih agresif – dia menjerit pada muka ramai penumpang

”Wanita itu dipercayai marah kerana suara bayi menangis dalam penerbangan. Seorang penumpang ditamparnya apabila cuba menyatakan sesuatu.

”Kemudian seorang lelaki bangun untuk cuba menenangkan keadaan sebelum membawanya ke belakang pesawat,” kata penumpang berkenaan.

Namun, kru pesawat membuat keputusan untuk mengalihkan penerbangan ke Vienna.

Ketika pesawat mendarat, wanita itu dikatakan telah menampar seorang lagi penumpang ketika dia hendak turun.

“Ini adalah kali pertama kami terpaksa mendarat kerana seseorang dalam penerbangan. Bagaimanapun kakitangan Jet2 mengendalikan keseluruhan situasi dengan baik walaupun tiada sesiapa boleh membantu wanita yang tidak terkawal itu sebaik sahaja dia menampar penumpang,” ujarnya.

Jet2 menghantar mesej teks kepada penumpang di dalam penerbangan memohon maaf atas kejadian itu.

Mesej itu berkata: “Hello, kami minta maaf kerana tingkah laku yang mengganggu penumpang, penerbangan anda telah dilencongkan ke Vienna.

Pesawat itu meninggalkan Vienna pada jam 1 tengah hari sebelum tiba di Antalya jam 3 petang – penangguhan penerbangan kira-kira sejam 15 minit.

Jet2 mengesahkan insiden berkenaan. – Mirror (https://www.mirror.co.uk/news/uk-news/jet2-flight-diverted-after-out-26524003)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast