KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 17 sen seliter kepada RM3.83 seliter manakala RON95 dan diesel masih kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Penetapan harga itu bagi tempoh 24 Mac 2022 hingga 30 Mac 2022.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette