KUALA LUMPUR – Stok kumpulan darah O sudah diparas rendah dan penderma darah diminta untuk hadir menderma darah dengan kadar segera.
Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, bekalan darah diperlukan setiap hari dan berterusan, selain bulan Ramadan juga hampir tiba.
Ini kerana pesakit talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan, bayi pra-matang yang menghidap anemia, pesakit yang menjalankan pembedahan utama, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, ibu bersalin yang mengalami pendarahan semasa bersalin dan mangsa kemalangan adalah antara pesakit yang memerlukan bantuan transfusi darah.
”Jangan lupa kepada pesakit-pesakit ini, jalankan tanggungjawab sosial anda hari ini,” katanya. – MalaysiaGazette