SYDNEY – Australia akan menawarkan dos keempat vaksin Covid-19 bagi golongan yang paling berisiko, mulai bulan depan bagi mengehadkan penularan baharu pada musim sejuk akan datang.
Langkah tersebut diambil ketika peningkatan kes secara konsisten disebabkan sub varian baharu BA.2 daripada sub varian Omicron dan virus selesema yang mudah dijangkiti semasa musim sejuk dengan amalan penjarakan sosial ditamatkan.
Menteri Kesihatan Greg Hunt berkata, dos penggalak kedua akan ditawarkan mulai 4 April kepada mereka yang sudah menerima dos penggalak sekurang-kurangnya empat bulan lalu dan berumur 65 ke atas, Orang Asli Australia berusia lebih 50 tahun dan mereka yang tidak berkeupayaan.
Australia merupakan antara negara paling banyak penduduk divaksin dengan 95 peratus penduduknya berusia 16 tahun ke atas telah menerima dos vaksin, lapor Reuters.
Kira-kira 67 peratus penduduknya telah menerima suntikan ketiga, atau dos penggalak, menurut data rasmi.
Ini telah membantu negara itu menghadkan penularan wabak Covid-19 dengan kira-kira empat juta kes dan 5,824 kematian direkodkan sejak penularan wabak itu bermula, jauh lebih rendah berbanding negara lain.
Sejumlah 35,000 kes naharu Covid-19 direkodkan lewat pagi ini dengan empat negeri akan dilaporkan kemudian. -Reuters
(https://www.reuters.com/world/asia-pacific/australia-roll-out-fourth-covid-vaccine-shot-ahead-winter-2022-03-24/)