Pemndangan di luar IST selepas mendarat jam 6. 25 pagi bersempena lawatan kerja media Malaysia ke Turkiye.

UNGKAPAN Napoleon Bonaparte seandainya dunia ini satu negara, Istanbul adalah ibu negaranya (If the Earth were a single state, Istanbul would be its capitalselain Istanbul owes the outstanding beauty to the Golden Horn, the Marmara Sea and the Bosporus.(Istanbul berhutang kepada keindahan luar biasa kepada tanduk emas, Lautan Marmara dan Selat Bosporus.)

Satu metafora daripada seorang negarawan Perancis pada abad ke-18 menceritakan kekaguman beliau terhadap bandar yang menghubungkan dua benua, Asia dan Eropah.

Pengalaman pertama menjejaki bumi bertuah yang pernah menjadi pusat salah satu empayar Rom Timur dan Othmaniyah terbuka apabila dijemput untuk membuat liputan oleh Turkish Aerospace yang menjadi tulang belakang kepada industri pertahanan Turki.

Banyak cerita-cerita dan tontonan yang bersarang di minda penulis dan kali ini peluang yang dinantikan telah tiba jua akhirnya.

Pengalaman kembali bermusafir di udara menjadi satu lagi momen baharu selepas dua tahun terperap di dalam negara kerana penularan virus Covid-19 sejak 25 Februari 2020.

Satu persatu langkah di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi saat-saat yang cukup indah kerana ketidaksabaran untuk melihat bumi Turki yang kini dilanda musim salji.

Seperti yang dijadual, tepat jam 8.30 malam tiba di KLIA dan selesai urusan daftar masuk di kaunter Turkish Airways jam 9.30 malam, bersama empat rakan pengamal media agensi tempatan yang lain, kami terus menuju ke Gate C4 Pelepasan Antarabangsa untuk ke Istanbul sambil berkongsi keterujaan kami.

Pengalaman pertama untuk kami yang tiba-tiba ditugaskan untuk berangkat ke Turki dan terus berbincang mengenai momen yang kami akan meluangkan masa selama lapan hari.

Pemandangan di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul semasa bertolak ke Ankara jam 8.05 pagi.

Pesawat Turkish Airlines TK 0061 Boeing 777-300Er berlepas dari KLIA ke Istanbul pada 5 Februari lalu tepat jam 11.45 malam mengharungi perjalanan selama 11 jam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul dan makanan tradisi Turki menjadi pengalaman baharu.

Pengumuman pramugari atau krew kabin wanita Turki “Welcome to Istanbul, the meeting point of the world is here” (Selamat datang ke Istanbul,di sini titik pertemuan dunia)” menambah keterujaan untuk melangkah di tanah Istanbul pada pagi yang masih bergelap jam 5.45 pagi itu.

Saya menyelinap ke luar menerusi tingkap pesawat dan melihat longgokan bongkah salji yang terdapat di beberapa sudut atas landasan di lapangan terbang.

Bulat anak mata melihat pramugari cantik berpakaian merah menyambut kami di pintu keluar dengan ucapan; Marhaba! İstanbul Türkiye’ye hoş geldiniz” (Selamat datang ke Istanbul, Turki).

Pengalaman mendarat di bumi Turkiye di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul (IST) semasa lawatan julung kali anjuran Turkey Aerospace.Gambar Hiasan

Sejurus melangkah keluar dari pesawat udara sejuk dua darjah selsius seakan mengigit-gigit muka.

Jari-jari mula sakit dan giginya bergetaran sebelum segera menutup badan dan kepala dengan jaket tebal serta sarung tangan sambil menuju ke bas penumpang pesawat yang sedang menunggu membawa kami ke ruang bagasi lapangan terbang.

Terletak 54 kilometer (33 batu) dari bandaraya Istanbul, Lapangan terbang Istanbul di kawasan Arnavutköy tersergam indah dan serba canggih yang dioperasikan oleh MAHB ternyata mengkagumkan.

Tidak sangka sejurus melangkah masuk ke dalam  lapangan terbang, kami disambut dengan berita mutakhir dalam BBC Turkiye bahawa Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan yang disahkan positif Covid-19 disyaki varian Omicron dan sedang menjalani kuarantin diri di rumahnya.

Ternyata berita itu sedikit menhampakan impian kami untuk bertemu dengan Erdogan semasa lawatan kerja itu.

Ankara yang dilitupi salji dalam keadaan cuaca terang matahari jam 9 pagi.

Tidak lama kami berhenti kerana perjalanan perlu diteruskan ke satu lagi destinasi, Ankara yang merupakan ibu negara kepada Turki.

Terbang lagi dengan pesawat Turkish Airlines TK2126 Boeing 737-800 dan tepat jam 9 pagi kami disambut oleh pegawai Korporat Turkish Aerospace, Mustafa Karabas di balai ketibaan Lapangan Terbang Domestik Ankara.

Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang menuju ke hotel penginapan menaiki bas Volksvagen khas yang disediakan Turkish Aerospace, kawasan pergunungan sepanjang lebuh raya indah tersergam dengan dilitupi salji dan udara sejuk serendah satu darjah selsius walaupun cuaca pagi yang terang dengan matahari.

Chicken Chop dengan roti menambah selera di Restoran Iskandar di Ankara sejurus mendarat.

Kami telah dibawa untuk bersarapan di Restoran Iskandar di Ankara sebelum mendaftar masuk ke Hotel Movenpick di Ankara di sebelah lewat petang.

Makanan tradisional salad campuran buah-buahan serta chicken chop dengan teh dan kopi pekat Turki ternyata menambahkan kelazatan dan menambah keseleraan kami.- MalaysiaGazette

Bersambung…

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast