Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, Op Sapu yang bermula kira-kira jam 1.45 pagi hingga 3.30 pagi itu memeriksa sebanyak 200 warga asing.
Daripada jumlah itu, seramai 92 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar ditahan atas pelbagai kesalahan Akta Imigresen.