KUALA LUMPUR – Tular video tindakan penjaja jeruk tepi jalan menyimpan stok mereka di dalam longkang berhampiran loji kumbahan.
Video berkenaan dipercayai dirakam di Johor Bahru.
Dalam video yang sama kelihatan beberapa anggota polis trafik menjalankan operasi terhadap penjaja berkenaan.
Ada antara penjaja kelihatan melarikan diri daripada pihak penguat kuasa yang kemudiannya menjumpai stok jeruk disimpan berhampiran loji kumbahan.
Sebelum ini, tindakan penjaja menjual jeruk kepada orang ramai di kawasan lampu isyarat merupakan satu kesalahan trafik.- MalaysiaGazette