PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memuktamadkan rundingan dengan syarikat swasta berhubung isu pemilikan aplikasi MySejahtera dalam tempoh kurang sebulan ini.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketika ini ia masih dalam proses rundingan dengan syarikat swasta yang mengendalikan platform perisian aplikasi itu.
Bagaimana, beliau kekal menegaskan pemilikan data dalam MySejahtera di bawah KKM.
“Dari segi platform ‘software’ (perisian) dikendalikan oleh syarikat, jadi sekarang ini kita nak muktamadkan dalam kontrak
“Data itu akan disimpan dalam ‘server’ (pelayan) yang selamat, ‘server’ kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penutup Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan dan Pelancaran World Physical Activity Day 2022 di kementeriannya, di sini, hari ini.
Khairy menambah, rundingan itu akan mengambil sedikit masa kerana ia agak teknikal namun menjangkakan diselesaikan dalam masa terdekat.
Khairy juga akan membentangkan isu pemilikan MySejahtera di Dewan Negara esok. – MalaysiaGazette