Datuk Mohd Kamarudin Md Din.-Foto FAREEZ FADZIL, 05 JANUARI 2022. Nicky Liow surrenders turns himself in
Datuk Mohd Kamarudin Md Din.-Foto FAREEZ FADZIL, 05 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Sindiket penipuan Macau Scam dikesan menggunakan taktik terbaharu dengan cara menghantar gambar ‘waran tangkap’ kepada mangsa sebelum menjerat mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, taktik berkenaan digunakan untuk menakutkan penerima mesej.

“Mangsa kebiasaannya akan menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali mendakwa sebagai pegawai polis, mahkamah dan sebagainya.

“Namun, taktik yang terbaru dikesan sindiket akan menghantar gambar yang didakwa sebagai waran tangkap kepada mangsa yang akan takut dan panik dengan mesej itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Kamarudin, taktik ‘waran tangkap’ itu adalah sebahagian daripada modus operandi yang digunakan sindiket Macau Scam.

“Lazimnya, bagi menyempurnakan waran tangkap, pihak polis sama sekali tidak akan menghantar dokumen tersebut kepada seseorang individu tersebut.

“Sebenarnya, waran tangkap hanya ditunjukkan secara fizikal kepada mana-mana individu yang ditahan semasa tangkapan dilakukan oleh polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru Mohd Kamarudin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan taktik yang dilakukan sindiket.- MalaysiaGazette