Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama peniaga bazar Ramadan selepas perlancaran program Pemerkasaan Penjaja melaui Inisiatif Platform Selangor (PLATS) Siri 3 di Bandar Kinrara 5, Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2022.

PUCHONG – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Majlis Pimpinan PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hanya akan mengumumkan pendiriannya esok sama ada mahu bertanding atau tidak pada pemilihan parti Mei ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor akan membuat penilaian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu malam ini.

“Saya sedang negosiasi, kali terakhir prosesnya saya akan limitkan malam ini…so, esok pagi saya akan buat pengumuman, kalau bangun tidurlah esok cutikan…tapi Insya-Allah esok pagi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, apa pun keputusan yang bakal diambil berhubung pemilihan tersebut perlulah tidak mengganggu fokusnya dalam memastikan Selangor kekal ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan sama ada bercadang untuk bertanding pada pemilihan PKR yang akan berlangsung Mei ini.

Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dilihat lebih popular berbanding pencabarnya Rafizi Ramli bagi merebut kerusi Timbalan Presiden PKR, Amirudin berkata, setiap individu yang bertanding memiliki peluang masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, usaha kini lebih tertumpu kepada majlis pimpinan peringkat cabang.

“Masing-masing ada peluang proses pendaftaran atau pencalonan hanya akan selesai 11 haribulan dan pendaftaran untuk kepimpinan tertinggi adalah pada 11 haribulan itu.

“Ini lebih tertumpu kepada majlis pimpinan di cabang dan sebagainya. So, kita kena tunggu 11 haribulan nantilah,” ujarnya.

Terdahulu, Amiruddin melancarkan Program Pemerkasaan Penjaja Melalui Inisiatif Platform Selangor (PLATS) Siri 3 di sini hari ini.

PLATS adalah platform promosi dan direktori digital yang dibina oleh kerajaan Selangor pada 2020 untuk membantu peniaga mikro mengguna pakai dan mengakses teknologi digital untuk menjalankan perniagaan secara alebih mampa dan berdaya tahan di dalam norma baharu.

PLATS membangunkan e-Bazar Ramadan yang pertama pada tahun berkenaan di mana platform itu telah membantu lebih 7,000 peniaga dan mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk kumpulan B-40 menerusi program Rakan Digital Selangor (RDS). – MalausiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast