Foto Instagram Cristiano Ronaldo.

LONDON – Cristiano Ronaldo tanpa memohon maaf kerana selepas gagal mengawal emosi apabila menepis telefon salah seorang penyokong ketika dia meninggalkan padang selepas kekalahan 1-0 Manchester United di tangan Everton, malam tadi.

Rakaman di media sosial menunjukkan bintang Portugal itu berdepan dengan salah seorang penyokong Everton ketika dia sedang memasuki terowong di Goodison Park.

“Bukan mudah untuk kami menangani emosi dalam saat sukar seperti yang dihadapi sekarang. Bagaimanapun kami perlu sentiasa menghormati, sabar dan memberikan contoh terbaik kepada generasi muda yang mencintai sukan ini.

“Saya ingin memohon maaf di atas sikap saya, jika boleh, saya ingin menjemput penyokong ini untuk menonton perlawanan di Old Trafford sebagai tanda semangat kesukanan dan fair-play,” tulisnya di media sosial.

Kekalahan itu meletakkan kelab itu di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris, enam mata di belakang tempat terakhir untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan. – The Guardian (https://www.theguardian.com/football/2022/apr/09/cristiano-ronaldo-apologises-for-mobile-phone-incident-at-everton)