Insiden itu mengakibatkan letupan kecil, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana dalam satu kenyataan berkata dua bom ping pong dilemparkan ke perkarangan pondok keselamatan di pintu masuk Rejimen Infantri Pertama di Jalan Vibhavi Rangsit, Bangkok.
Perdana menteri setakat ini belum memberikan sebarang komen dan arahan khusus berhubung kejadian itu.
“Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki menunggang motosikal menuju ke pintu pagar hadapan Rejimen Infantri 1 dan pembonceng bertindak melemparkan bom ping pong di depan pondok keselamatan,” katanya.
Laporan polis telah dibuat susulan kejadian itu.
“Polis sedang mengenal pasti dan memburu pelakunya,” katanya.
Perdana Menteri menggesa polis menyiasat insiden itu mengikut prosedur operasi standard, menurut Thanakorn.
Prayut akan terus menjalankan tugas di kediamannya ketika cuti panjang Songkran minggu ini. – MalaysiaGazette