Datuk Seri Anwar Ibrahim Pakatan Harapan MoU anti-party hopping law bill act Dewan Rakyat PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menghormati Memorandum Persefahaman Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) melalui usaha Akta Anti Lompat Parti.

Anwar berkata, melalui Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 hari ini menunjukkan MoU tersebut telah sampai pada tahap yang menyenangkan.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri kerana ambil langkah menerima pandangan dan menghormati semangat yang kita meteria dalam MoU PM, kerajaan dan PH

“Ini perkara yang disepakati PH dan Kerajaan kita telah sampai tahap yang meyenangkan kerana isu ini memang menarik minat rakyat kerana ia menghormati mandat rakyat dan menolak apa-apa pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

“Saya ucap terima kasih kepada YB Menteri kerana menyentuh perkara ini dengan jelas,” katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat hari ini.

Pembentangan dan perbahasan hari inni membabitkan penggubalan punca kuasa bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa untuk penggubalan akta baharu berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Bagaimanapun, RUU Perlembagaan (Pindaan) berhubung Antilompat Parti yang dijadualkan dibentang, dibahas dan diluluskan pada mesyuarat khas kali ini, ditangguhkan ke satu lagi Sidang Khas Parlimen yang akan ditentukan kelak.

Anwar berharap, Perdana Menteri memberi pesetujuan pembentangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022  dilakukan bersama dengan pembentangan Rang Undang-Undang Lompat Parti.

“Supaya kita tahu pindaan ini bermaksud khusus memenuhi maksud kita dalam meminda atau mengadakan rang undang-undang baru ini, supaya ahli yang berhormat akan dapat kepastian yang dimaksudkan dengan pindaan ini yang kita tahu adalah dengan menterjemahkan dalam rang undang-undang anti lompat ini semangat ini telah dipersetujui,” katanya.

Seramai 65 orang ahli Parlimen terlibat sebagai pembahas Sidang  Khas Parlimen Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun memberikan masa perbahasan lapan minit bagi ketua-ketua parti dan lima minit bagi ahli parlimen biasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan mengulung pada pukul 5 petang.-MalaysiaGazette