Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan dua penunggang motosikal di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) semalam rupa-rupanya dalam keadaan mabuk.

Bukan itu sahaja lelaki yang sama juga dikatakan baru sahaja menampar seseorang dan ‘menyerang’ penghuni rumah di Taman Rambai Indah, Jenjarom.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh ketika mengesahkannya berkata, pemandu dalam keadaan mabuk itu menyerang rumah seorang lelaki berumur 57 tahun secara tiba-tiba.

Menurut beliau, ketika kejadian berlaku pemandu berkenaan membuat bising dan mengeluarkan kata-kata kesat di hadapan rumah mangsa.

Malah tambah Ahmad Ridhwan, pemandu Perodua Bezza tersebut telah menampar anak lelaki mangsa.

“Kemudian telah berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dan suspek. Semasa pertengkaran mulut berlaku, suspek telah bertindak menampar anak lelaki pengadu sebanyak sekali menggunakan tangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ekoran kejadian berkenaan, mangsa mengalami kerugian kerugian kerosakan pintu pagar anggaran RM1,800.

Terdahulu beliau mengesahkan kereta yang tular di media sosial kerama memandu melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan dua penunggang motosikal di Kilometer 30.1 SKVE ke  arah Telok Panglima Garang menghala ke arah Bandar Saujana Putra sudah ditahan polis.

Sementara itu, katanya lagi, lelaki berkenaan ditahan di bawah Sekyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Manakala pemandu berkenaan turut disiasat kesalahan jenayah di bawah Seksyen bagi 427 Kanun Keseksaan, 448 Kanun Keseksaan, 323 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Lelaki berkenaan berhadapan dengan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam masa yang sama, di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan, suspek boleh dipenjaraka tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan, penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis cari saksi kes langgar lari pemandu lawan arus di SKVE