Sebahagian pekerja warga asing ditahan dalam satu serbuan operasi Ops Patuh oleh agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri di sebuah kilang besi di sekitar Subang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 02 JULAI 2021.- Gambar hiasan.

SABAN hari banyak keluhan daripada para pengusaha berkenaan dengan masalah syarikat mereka tidak dapat beroperasi kerana kekurangan pekerja sama ada tempatan mahupun warga asing walaupun menerima tempahan pengeluaran yang banyak daripada pelanggan.

Baru-baru ini satu artikel mengatakan bahawa walaupun para pengusaha menawarkan gaji yang tinggi sehingga RM2, 000 untuk mencari pekerja asing tetapi mereka masih gagal menggaji pekerja menyebabkan syarikat mereka tidak dapat beroperasi.

Selain daripada itu, kekurangan tenaga kerja juga telah menyebabkan kesan-kesan yang lain iaitu bekalan bahan mentah terputus, permasalahan daripada isu logistic dan pengangkutan serta perlu membayar gaji yang tinggi kerana berlaku persaingan mendapatkan pekerja.

Oleh itu, kami di Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berpendapat, kelopongan ini boleh diisi dengan menyerap masuk pekerja daripada kumpulan stateless di Malaysia yang kini terdiri daripada puluhan ribu orang yang berada di luar sana.

Kumpulan stateless ini juga ramai yang telah ditahan di kem-kem tahanan imigresen tanpa tahu hala tujuan kerana mereka tidak mempunyai negara tertentu untuk dihantar pulang menyebabkan lambakan di kem-kem tahanan imigresen.

Cadangan penyerapan kumpulan stateless untuk diambil bekerja akan mengurangkan pelbagai permasalahan termasuklah juga bakal mengurangkan kepadatan jumlah tahanan golongan di kem-kem tahanan.

Pihak MHO secara berterusan membawa isu berkenaan masyarakat yang tiada negara iaitu stateless di Malaysia dan mereka bukanlah dikategorikan sebagai pendatang tanpa izin.

Banyak yang menjadi faktor individu stateless tersebut antaranya sesetengah masyarakat disana tidak menitikberatkan mendaftarkan anak mereka selepas kelahiran berkemungkinan kerana berada jauh di pedalaman dan juga sebilangan mereka telah hilang dokumen-dokumen penting pengenalan diri.

Kumpulan stateless ini di uar sana juga bakal terdedah kepada pelbagai masalah dan ancaman berpunca dari masalah dokumentasi mereka.  

Oleh yang demikian, kumpulan stateless di Malaysia juga mampu untuk mengantikan pekerja warga asing untuk bekerja di dalam perusahaan di Malaysia tanpa perlu merumitkan majikan-majikan dengan prosedur yang ketat bagi menggajikan pekerja asing dan menyiapkan permit kerja mereka yang memakan kos yang agak banyak.- MalaysiaGazette

Datuk Hishamuddin Hashim

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat (MHO)

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast