KUALA LUMPUR – Bapa kepada usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, atau Nur Sajat kini berada dalam keadaan tenat.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh adik perempuan Sajjad iaitu Mustika menerusi satu perkongsian di IG Story miliknya.
“Minta semua doa kan ayah saya… ayah dah makin tenat,” tulisnya ringkas.
Ketika ini, Sajjad menetap di Australia sejak tahun lalu setelah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa. – MalaysiaGazette