KUALA LUMPUR – Siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menyimpulkan kes pasangan Joshua Hilmy dan Ruth Sitepu adalah kehilangan secara paksa.
Inkuiri Suhakam yang berhujah selama dua setengah jam memaklumkan, mereka tidak menemui bukti yang paderi terbabit dan isterinya diculik oleh “ejen negara”.
Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus yang mengetuai siasatan itu memberitahu, kehilangan pasangan itu dilakukan oleh “seorang atau lebih daripada orang yang tidak dikenali dengan persetujuan pihak berkuasa”.
“Kehilangan mereka secara tidak sengaja melanggar undang-undang Malaysia.
“Bagaimanapun, kita tidak menemui bukti bahawa mereka diculik oleh ejen negera namun pihak berkuasa gagal menyiasat kes itu secara serius dan telah membantutkan perkembangan (penyiasatan),” kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Malaysia ketika menyampaikan keputusan inkuiri hari ini.
Hilmy adalah warga Malaysia manakala isterinya berasal dari Indonesia.
Pasangan itu kali terakhir dilihat di rumah mereka di Selangor pada 30 November 2016 namun kehilangan mereka hanya dilaporkan pada 6 Mac 2017.
Susulan kehilangan mereka, timbul dakwaan pasangan itu terlibat dalam usaha menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam di Malaysia. – MalaysiaGazette