GEORGE TOWN – Kira-kira 527 tahanan depoh Imigiresen di Sungai Bakap, Pulau Pinang meloloskan diri hari ini.
MalaysiaGazette difahamkan, kesemua mereka yang ditempatkan di Depot Sementara Relau, Bandar Baharu, Kulim, Kedah dikatakan merusuh sebelum melepaskan diri pada jam 4.20 pagi tadi.
Usaha mengesan dan memberkas semula semua warga Rohingya itu sedangkan dilakukan.
Sementara itu, satu sidang media berhubung insiden tersebut akan dibuat Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam tempoh terdekat.
Berita lanjut menyusul