Adzliana menerima anugerah kecemerlangan Women of Excellence Awards 2021/22 (WOEA).

KUALA LUMPUR – Suku pertama 2022 mencatat kenangan manis buat Usanita Sdn. Bhd. (Usanita) apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan menerima anugerah kecemerlangan Women of Excellence Awards 2021/22 (WOEA).

Beliau dipilih bagi kategori Top Rising Women CEO Award In Publication & Event Management Industry pada satu majlis baru-baru ini.

Pemilihan Adzliana sebagai penerima anugerah berdasarkan pencapaian hebat Usanita sepanjang tahun lalu termasuk terlibat di dalam penganjuran keusahawanan wanita termasuk Pencarian Nona Superwoman, program Perintis Usanita: Penjenamaan dan Pendigitalan serta acara-acara tanggungjawab sosial korporat (CSR) di seluruh negara.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur di atas penganugerahan ini dan sekaligus menggambarkan Usanita sudah dilihat masyarakat walaupun kami baru berusia setahun.

“Saya sedar, sepanjang tahun lalu terlalu banyak program yang kami kendalikan termasuk yang dirancang dan tidak terancang seperti aktiviti CSR kepada mangsa banjir penghujung tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Adzliana Hasan.

Adzliana menambah, sebagai syarikat pemudah cara yang masih bertatih, beliau berbangga dengan mempunyai pasukan yang begitu komited untuk meletakkan jenama Usanita seperti hari ini.

Bagaimanapun tegas beliau, banyak lagi yang perlu dirnya dan Usanita pelajari bagi meningkatkan penjenamaan dalam memperkenalkan peranan Usanita kepada umum.

“Terima kasih kepada penganjur yang memilih saya dan Usanita untuk berada di pentas menerima anugerah pada malam ini,” katanya sejurus selepas menerima anugerah tersebut.

Sementara itu, WOEA merupakan majlis anugerah yang julung kalinya diadakan oleh penerbit majalah The CEO, FM Media Communications ini bertujuan meraikan dan memberi pengiktirafan serta menghargai sumbangan para usahawan terhadap industri, penggunaan teknologi dan pendekatan inovatif dalam menjalankan perniagaan secara mampan, sekaligus membantu merancakkan pembangunan ekonomi negara.

Malam gemilang yang bertemakan Flower Fantasy itu dihadiri lebih 350 usahawan dari pelbagai latar belakang dan industri Malaysia. – MalaysiaGazette