KUALA LUMPUR – Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo gembira dapat kembali ke rumah bersama keluarga tersayang beberapa hari selepas trauma kematian bayinya yang baharu lahir.
Pasangannya, Georgina Rodriguez, 28, dan kembar bayi lelaki yang meninggal dunia itu kembali ke rumah tiga hari selepas keluarga berkenaan mengumumkan berita sedih itu.
Menerusi Instagram, pemain Manchester United berusia 37 tahun itu berterima kasih kepada peminat atas sokongan mereka sambil menambah;
“Ini adalah waktu untuk bersyukur atas kehidupan yang baharu kami terima di dunia ini.”
Gambar tersebut menunjukkan Ronaldo memangku bayi perempuan yang baharu lahir itu sambil memegang anak perempuannya, Alana Martina.
Isnin lalu, pasangan berkenaan dikurniakan kembar lelaki dan perempuan namun Ronaldo memuatnaik di laman sosial bahawa anak lelakinya itu meninggal dunia. – MalaysiaGazette