Ebit Lew.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah hari ini menetapkan 1 hingga 5 Ogos depan bagi membicarakan pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Liew atad pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah.

Majistret Nur Asyraf Zolhani yang membuat ketetapan itu membenarkan permohonan pendakwaan untuk melakukan 11 lagi pertuduhan terhadap Ebit Liew secara serentak.

Ebit Liew berdepan dengan pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi Whatsapp antara Mac hingga Jun 2021.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dihukum penjara lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Sesyen 509 Kanun Keseksaan.

MalaysiaGazette difahamkan kesemua pertuduhan dibicarakan sekali memandangkan bukti dan saksi berkaitan prosiding saling berkait.

Pembelaan juga tidak mengemukakan sebarang bantahan kepada permohonan berkenaan. – MalaysiaGazette