Kemalangan
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 10.30 malam dipercayai ketika kesemua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal telah bersaing sesama sendiri sehingga bergesel dan berlaku kemalangan.

PASIR GUDANG – Tiga remaja lelaki maut manakala seorang lagi parah dipercayai berlumba sesama sendiri membabitkan tiga motosikal sehingga kemalangan di Jalan Delima, Taman Kota Masai, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun manakala yang cedera parah berumur 17 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam dipercayai ketika kesemua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal telah bersaing sesama sendiri sehingga bergesel dan berlaku kemalangan.

“Akibat daripada insiden tersebut, tiga mangsa telah tercampak di atas jalan dan terlanggar batu berumput bahu kiri jalan manakala seorang mangsa jatuh di batu berumput bahu kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Sohaimi berkata siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, katanya orang ramai terutamanya ibu bapa dinasihati agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutamanya yang masih di bawah umur supaya tidak membenarkan mereka menunggang motosikal dan tidak terlibat dengan aktiviti lumba haram.

Sementara itu, dalam kes berlainan, polis menahan dua lelaki berumur 21 dan 22 tahun di sini malam tadi selepas dikesan sebagai pelaku yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) yang tular dalam media sosial.

Beliau bagaimanapun berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku pada tahun lepas di Jalan Kota Masai, di sini, yang baru ditularkan menerusi media sosial.

Menurutnya, pihak polis juga telah berjaya merampas motosikal yang digunakan oleh pelaku terlibat.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987. Pihak Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa aktiviti samseng jalanan di atas jalan raya dan pastikan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya dan kod lalu lintas yang telah ditetapkan semasa berada di atas jalan raya,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 19 saat menunjukkan dua lelaki menunggang motosikal dengan membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kes seperti BASIKAL LAJAK…REMAJA me LAYU/// ADA SIAPA nak TUNJUK HERO TAMIL’…saman PADA IBUBAPA REMAJA tersebut SALAH SENDIRI. ada BERANI SAMAN SEPERTI yang KORBAN DIRI SENDIRI BASIKAL LAJAK pada pemandu wanita cina tu

    HAKIM YANG BIJAK PANDIRR buatlah statement nanti SALAH JALANRAYA dan lampu jalan kurang TERANG atau MEREKA TERNAMPAK HANTU

    TIDAK PERLU SIMPATI KERANA MEREKA RELA NAK MATI CEPAT!!!!

Comments are closed.