KUALA LUMPUR – Indeks Pelopor, Serentak & Susulan IP Februari 2022 lebih perlahan pada negatif 0.5 peratus pada Februari 2022 dipengaruhi oleh sentimen pelabur yang berhati-hati terhadap pasaran saham yang dicerminkan oleh trend
menurun Indeks Perusahaan Bursa Malaysia.

Prestasi ini disebabkan oleh Indeks Penjagaan Kesihatan dan Indeks Utiliti pada bulan tersebut.

Bagaimanapun, dari perspektif hala tuju, trend yang lebih baik dilihat pada IP dengan mencapai 110.8 mata pada Februari 2022 daripada 110.2 mata yang direkodkan pada Januari 2022.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, IP bulan ke bulan meningkat kepada 0.5 peratus pada bulan rujukan (Januari 2022: -1.1%), terutamanya disokong oleh sumbangan ketara daripada import benar logam asas berharga & logam bukan ferus lain (0.6%), import benar semi konduktor (0.4%) dan indeks perusahaan Bursa Malaysia (0.2%).

Kadar pertumbuhan IP terlicin adalah konsisten di atas trend menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia terus berada di landasan pemulihan walaupun momentum pertumbuhan akan perlahan dalam tempoh terdekat.

Krisis antarabangsa yang sedang berlaku memberikan tekanan lanjut ke atas pertumbuhan ekonomi global melalui perdagangan, inflasi dan pasaran kewangan, seterusnya boleh menganggu prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Berkaitan dengan perspektif ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) mengekalkan pertumbuhan dengan berkembang 6.4 peratus kepada 120.4 mata pada Februari 2022 berbanding 113.2 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Melihat kepada prestasi bulanan, IS meningkat sebanyak 0.1 mata peratus kepada 2.6 peratus pada Februari 2022 berbanding 2.5 peratus pada bulan sebelumnya.

Pertumbuhan ini dirangsang terutamanya oleh peningkatan dalam kapasiti penggunaan di sektor pembuatan (0.9%) dan Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (0.9%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast