Saringan Covid-19 giat dijalankan di India dalam usaha menangani penularan koronavirus. foto Reuters

NEW DELHI – Cabaran Covid-19 di India masih belum berakhir dan terdapat keperluan mendesak untuk memberi vaksin kepada semua kanak-kanak di negara ini, kata Perdana MEnteri Narendra Modi.

Di tengah-tengah peningkatan mendadak dalam kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu, Modi mengadakan mesyuarat maya denganketua menteri semua negeri untuk mengkaji situasi semasa.

“Cabaran koronavirus belum berakhir sepenuhnya. Keutamaan kami adalah untuk memberi vaksin kepada semua kanak-kanak yang layak seawal-awalnya.

“Kempen khas juga akan diperlukan di sekolah,” kata Modi pada mesyuarat maya itu.

Beliau juga berkata, India telah melihat bagaimana varian Omicron dan sub-variannya mewujudkan situasi yang serius di negara-negara Eropah.

Beberapa negara telah menghadapi lonjakan kes pandemik disebabkan oleh sub-varian ini.

“Berbanding dengan negara-negara ini, India telah mengekalkan keadaan terkawal dan situasi keseluruhan adalah jauh lebih baik di sini.

“Walaupun kes semakin meningkat sejak dua minggu lalu di beberapa negeri kita, kita perlu berwaspada. Kita melawan gelombang Omicron dengan berkesan tanpa panik,” tambah perdana menteri.

Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal berkata, dalam beberapa hari kebelakangan ini, ibu negara telah menyaksikan kadar positif Covid-19 yang tinggi dan lonjakan jumlah kes.

Beliau juga menyatakan pemakaian pelitup muka telah diwajibkan sekali lagi di wilayah ibu negara sebagai tindak balas kepada peningkatan kes aktif.

Jumlah Covid-19 India meningkat kepada 43,065,496 pada hari Rabu dengan 2,927 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh negara Asia Selatan, menurut data rasmi. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast