KUALA LUMPUR – Dengan bayaran serendah RM50 sebulan sahaja – anak-anak etnik Rohingya di negara ini mampu mendapat peluang pendidikan sama seperti warga tempatan di Sekolah Myanmar di negara ini.
Walaupun pengajaran dan pembelajaran yang ditawarkan tidak sempurna seperti sekolah kebangsaan, sekurang-kurangnya anak warga asing itu tidak tercicir daripada pendidikan.
Perkara itu didedahkan sendiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud selepas menyertai Op Belanja Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pasar Harian Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Sekurang-kurangnya empat mata pelajaran asas ditawarkan tenaga pengajarnya yang merupakan warganegara Myanmar sehingga Tingkatan 6.
“Apa yang menarik semasa operasi dijalankan di mana di dalam kawasan ini terdapat Sekolah Myanmar yang dijalankan oleh etnik Rohingya.
“Sekolah ini mata pelajarannya ialah Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Myanmar dan turut diajar Bahasa Malaysia,” katanya.
Selain pendidikan ala-formal itu, anak-anak etnik Rohingya juga mahir bertutur dalam Bahasa Malaysia, hasil pergaulan mereka dengan anak-anak tempatan berdekatan dua pasar berkenaan.
“Sekolah Myanmar tak belajar bahasa Malaysia tapi mahir bercakap, ada campur dengan kanak-kanak tempatan, 12 tahun belajar,” katanya.
Ketika berdialog dengan dua anak etnik Rohingya yang ditahan hari ini, Khairul Dzaimee berkata, bilangan pelajar sehingga 15 orang bagi satu kelas dan satu-satunya kelas dalam Sekolah Myanmar itu, mereka diajar wargaengara Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).- MalaysiaGazette
Sedangkan baka migrants timah melahap babi dan migrants getah kaki todi yang menguntungkan ekonomi penjajah Inggeris pun dah dok lama macam adik-beradik maka berlaku adil supaya baka pelarian pun dah dok lama berpotensi menguntungkan ekonomi negara tanah sekangkang kera ini.