The members of D9 Kedah Police Headquarters and the General Operations Force (GOF) searching for the Rohingya ethnic escapees who broke out from the Relau Immigration Detention Centre at Sungai Bakap, Bandar Baharu, Kedah.
Pegawai dan anggota D9 IPK Kedah bersama PGA sedang melakukan pencarian etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap di Relau, Bandar Baharu, Kedah.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menjalankan siasatan secara telus untuk mencari punca kejadian tahanan etnik Rohingya lari dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap baru-baru ini.

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Polisi Pelarian (KRPPM-Polisi Pelarian) berkata, ia merupakan sesuatu yang menyedihkan, apatah lagi apabila melibatkan kemalangan jiwa dalam kalangan tahanan.

Dalam masa yang sama, KPRRM-Polisi Pelarian telah membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melawat depoh yang menempatkan pelarian Rohingya dalam waktu terdekat.

“KPRRM-Polisi Pelarian telah meminta Menteri Dalam Negeri untuk mengizinkan delegasi RPPM melawat ke depoh tahanan sementara Kem Sri Impian dalam waktu dekat untuk menilai sama ada kondisi depoh memenuhi piawaian yang sewajarnya.

“Pengerusi KRPPM-Polisi Pelarian, YB Tarmizi bin Sulaiman (Sik), telah mengirim surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk menyampaikan permintaan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 20 April lalu, seramai 528 etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dengan tujuh maut dirempuh kereta di lebuh raya.

KRPPM-Polisi Pelarian merupakan platform bipartisan sesama Ahli Parlimen yang ditubuhkan pada 19 Disember 2019 untuk membincang, meneliti dan mengemukakan laporan dan cadangan-cadangan kepada Kerajaan dan Parlimen isu-isu berkaitan dasar dan sistem pengurusan pelarian di Malaysia yang membabitkan undang-undang, keselamatan, sumber manusia, pendidikan dan kesihatan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jika JIM hormati pelarian enggan ke pulau Bashan Char atau kem Cox Bazaar maka JIM kenalah juga hormati pelarian enggan ke depoh tahanan.

Comments are closed.