Sergey Lavrov
Foto: Sergey Lavrov

MOSCOW – Operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine menyumbang kepada kebebasan dunia daripada penindasan penjajahan barat, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov ketika ditemubual agensi berita, Xinhua.

“Adalah jelas bahawa cubaan barat untuk menghalang perjalanan sejarah untuk menyelesaikan masalah dengan yang lain menerima nasib malang.

“Dunia hari ini mempunyai pusat membuat keputusan. Kita melihat bagaimana dinamiknya Asia, Afrika dan Amerika Latin membangun

“Setiap orang mempunyai kebebasan memilih termasuk cara pembangunan dan penyertaan dalam projek integrasi.

“Operasi ketenteraan khas kami di Ukraine juga menyumbang kepada proses kebebasan dunia daripada penindasan penjajahan barat yang tepu dengan gabungan perkauman dan keistimewaan yang kompleks,” katanya.

Menurut Lavrov, hari ini kita tidak membicarakan tentang Perang Dingin baharu tetapi ia mengenai ‘keinginan berterusan Washington dan sekutunya yang mana mereka hanya memikirkan tentang diri mereka sebagai ‘penguasa takdir manusia’ bagi melaksanakan model arahan dunia yang berpaksi Amerika’.

“Ia sampai kepada minoriti barat cuba menggantikan kerangka berpaksi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa yang dibentuk berkutan Perang Dunia Kedua dengan arahan ‘berasaskan peraturan’ sendiri.

“Washington dan sekutunya menulis setiap undang-undang dan kemudian melaksanakannya kepada komuniti antarabangsa sebagai wajib untuk dilaksanakan,” kata Menteri Luar Rusia itu.

Lavrov berkata, Amerika Syarikat (AS) mengejar laluan kemusnahan sejak berabad lalu terutama pencerobohan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke atas Yugoslavia, serangan ke atas Iraq dan Libya serta cubaan untuk memusnahkan Syria dan ‘revolusi warna’ di beberapa negara termasuk Ukraine.

“Semua ini menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban dan menjurus kepada huru hara di beberapa rantau,” tambahnya.

Menteri Luar Rusia itu berkata, barat cuba ‘kaedah paling kejam’ untuk menindas negara-negara yang ingin melaksanakan dasar luar dan dalam negeri yang bebas, dan ia bukan sahaja mengenai Rusia.

“Kita dapat melihat bagaimana ‘pemikiran blok’ dilaksanakan di rantau Asia Pasifik. Lihatlah apa yang dipanggil strategi Indo-Pasifik yang dipromosikan AS yang berorientasikan anti-Cina,” katanya.

Lavrov menegaskan, dalam semangat Doktrin Monroe yang kuno, AS berusaha untuk menentukan bagaimana dan standard apa untuk hidup di Amerika Latin.

“”Ini menjelaskan sekatan perdagangan haram yang telah lama wujud terhadap Cuba, sekatan terhadap Venezuela dan percubaan untuk ‘membuai’ kestabilan di Nicaragua dan beberapa negara lain. Tekanan berterusan ke atas Belarus juga mengikut laluan ini. Senarai ini berterusan,” ujarnya seperti dipetik agensi berita, Tass.

Menurut Menteri Rusia itu, lebih cepat barat menerima kenyataan geopolitik baharu, ‘semakin baik ia akan menjadi untuk dirinya sendiri dan untuk seluruh masyarakat antarabangsa’.

“Seperti yang ditekankan oleh Presiden China, Xi Jinping pada Forum Boao, kami (perlu) menjunjung prinsip keselamatan, mewujudkan kerangka keselamatan yang seimbang, efektif dan mampan dan menentang keselamatan sendiri yang membebankan keselamatan pihak lain,'” kata Lavrov. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast