nasi kandar Ipoh helicopter Ebit Lew sexual harassment Abd Jalil Hassan CCID commercial crime online gambling syndicates Op Dadu Khas
Abd Jalil Hassan

KUALA LUMPUR- Suspek yang terlibat dalam pendaratan helikopter di Padang Ipoh tanpa kebenaran, pada Julai tahun lepas akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, Perak, 9 Mei ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil berkata, kertas siasatan telah dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri dan mendapat arahan untuk menuduh suspek di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Menurut beliau, suspek didakwa gagal mematuhi flight  plan yang dikemukakan apabila membuat pendaratan sebuah pesawat di lokasi selai dari aerodrome yang dinyatakan dalam flight plan.

Abdul Jalil menambah, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Polis Perak pada 27 Julai tahun lepas mengesahkan telah merakam keterangan lima individu termasuk pengadu iaitu kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh, pengusaha restoran nasi ganja dan tiga individu lain.

Terdahulu, tular sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja pada 23 Julai 2021 untuk di bawa ke Lembah Klang.

Ketika itu, negara masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang perjalanan rentas negeri.- MalaysiaGazette