Kita selalu sebut tentang kebakaran tetapi perkara asas yang perlu diajar kepada anak-anak kita mengenainya tidak diterapkan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tidak menguji suis papan kawalan utama menjadi punca berlaku kebakaran melibatkan kediaman termasuk yang banyak berlaku sepanjang bulan Ramadan lalu.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Datuk Nor Hisham Mohammad yang memberitahu, ramai dalam kalangan masyarakat tidak mengambil endah perkara tersebut termasuk ketika meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung bercuti hari raya.

Katanya, orang ramai perlu mengambil tahu berhubung perkara berkenaan lebih-lebih lagi jika kediaman mereka masih menggunakan pendawaian lama yag dibimbangi mengalami masalah kebocoran arus elektrik.

“Kita takut ada orang dah buat bypass, suis terbakar tu dia bypaskan. Sekarang ni beban tinggi semua nak guna peralatan elektrik bila balik raya nak kumpul-kumpul dan masa puasa kita nak masak guna banyak peralatan…itu yang kita risaukan.

“Maksud bypass ia tak berfungsi bila ada lebihan arus eletrik yang melampau…bila berlaku litar pintas yang tu tak tendang..dekat kita punya fius box…terbakar di situ, itu isunya,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika diminta mengulas mengenai kes-kes kabakaran sepanjang sepanjang bulan Ramadan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Nor Hisham berkata, satu lagi perkara yang dikesan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam siasatan terhadap insiden kebakaran adalah kecuaian pemilik kediaman yang tidak menutup suis lampu kelip-kelip yang dipasang di malam hari sebagai perrhiasan di luar rumah.

Katanya, ada dalam kalangan pemilik kediaman terlupa untuk untuk menutup kampu tersebut ketika meninggalkan kediaman hingga akhirnya berlaku kebakaran pada fius lampu kelip-kelip tersebut.

“Kadang-kadang dia pasang lampu kelip-kelip yang kita cakap murah. Jadi, bila pasang terlampau lama fius lampu itu terbakar, lampu kalau pasang tiga hingga empat jam tidak mengapa.

“Raya ni kita nak balik kampung lupa nak tutup suis, itu yang susah, benda tu bukan ada SIRIM ke bagai…jadi, kita tak tau kualiti dia tu macam mana…kita cuma tau kelip-kelip sahaja, itulah dia, lampu tu cepat panaskan,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan agar orang ramai mengelak membeli barangan eletrik yang tidak mempunyai perakuan piawaian standard daripada pihak yang berkenaan.

Dalam pada itu, Nor Hisham turut meminta pemilik kediaman agar membuat pemeriksan eletrik selepas 10 tahun mendiami rumah mereka sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak berlaku lintar pintas atau sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ini kerana, kebanyakan pemilik kediaman tidak mengetahui usia pendawaian di rumah masing-masing kerana mungkin tidak terfikir mengenai perkara itu.

“Kita syorkan selepas 10 tahun kita panggil juruteknik yang boleh ukur kebocoran arus…nak tengok ada bocor ke tidak..dia kena check point-point tu kalau dia kesan point tu bermasalah dia tukar yang itulah.

“Tapi kalau kita kata penggunaan eletrik kita tinggi di rumah seperti ada tiga atau empat buah aircond wajarlah kalau kita tukar yang three phases…sebab dulu masa kita buat rumah kita tak terfikir sebab semua bilik ada aircond…sekarang rumah dah tambah peralatan tapi wiring masih lagi lama, tu yang jadi isu dia,” tambahnya. – Malaysiagazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Selangor catat purata 5 kes kebakaran rumah sehari sepanjang Ramadan – Bomba

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast