PHNOM PENH – Kemboja merekodkan sifar kes baharu Covid-19 pada hari Sabtu – tiada kes buat kali pertama sejak gelombang ketiga penularan negar itu pada Februari tahun lepas, kata Perdana Menteri Hun Sen.
“Hari ini, ia adalah kali pertama sejak 20 Februari 2021 Kemboja tidak menemui walaupun satu kes baharu Covid-19.
“Ini adalah satu kejayaan besar yang terhasil daripada usaha bersama kita dalam memerangi Covid-19, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana mengambil bahagian dalam gerakan anti-Covid-19,” tambahnya.
Bagaimanapun, Kemboja belum lagi bebas Covid-19 kerana masih mempunyai 29 kes aktif, menurut Kementerian Kesihatan.
Hun Sen mengaitkan kejayaan dalam memerangi Covid-19 disebabkan kadar vaksinasi yang tinggi dan menggesa orang yang layak untuk mengambil dos penggalak, suntikan ketiga atau keempat, apabila giliran mereka tiba.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan di luar kerana memberikan vaksin kepada kami, membolehkan kami memberikannya secara percuma kepada rakyat,” katanya.
Sambil menambah: “Vaksin telah memberi kami peluang untuk membuka semula ekonomi dan perniagaan kami.”
Negara Asia Tenggara itu melancarkan kempen vaksinasi nasional terhadap Covid-19 pada Februari 2021, dengan China menjadi pembekal utama vaksin dan kebanyakan vaksin yang digunakanialah Sinovac dan Sinopharm.
Setakat ini, Kemboja telah memberi vaksin sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada hampir 15 juta orang, atau 93.7 peratus daripada 16 juta penduduknya dan sejumlah 14.22 juta, atau 89 peratus, telah meneriam dua vaksin.
Sejak wabak itu melanda Kemboja pada Januari 2020, kerajaan itu telah merekodkan sejumlah 136,262 kes yang disahkan dengan 133,177 pulih dan 3,056 kematian. – Xinhua (https://english.news.cn/asiapacific/20220508/0bcd6a55a0ba4e9ea95de816eee91eac/c.html).