Seandainya anda lalu kawasan sekitar Selayang, sudah pasti perasan papan tanda syarikat pemaju hartanah terkenal Kumpulan JL99 selain taman tema 99 Wonderland Park di sekitar berkenaan.

Malah ketika pandemik Covid-19 dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), JL99 tampil menyumbang lebih RM300,000 dalam bentuk keperluan asas serta wang tunai bagi keperluan keluarga B40 dan miskin tegar sekitar Selayang.