KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,321 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam termasuk 10 kes import.
Pertambahan ini menjadikan angka kumulatif kes Covid-19 sebanyak 4,430,009.
Kes kematian yang direkodkan pula sebanyak lapan termasuk tiga kematian di luar hospital.
Data COVIDNOW menunjukkan jumlah kes aktif bertambah 1,897 sehingga lewat malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 24,850.
Angka ini termasuk 1,373 kes dirawat di hospital.
Daripada jumlah tersebut 59 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 34 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh dalam tempoh yang sama sebanyak 1,416. – MalaysiaGazette