Anggota bomba memadamkan kebakaran yang melanda bangunan pejabat di New Delhi yang menyebabkan 27 orang maut. Foto ANI

NEW DELHI – Sebuah bangunan pejabat empat tingkat di sini terbakar, mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 12 yang lain.

Lebih 70 orang berada di dalam bangunan ketika kebakaran berlaku dan polis terpaksa memecahkan tingkap serta menggunakan tali untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap.

Kira-kira 20 jentera bomba digunakan untuk memadamkan kebakaran berhampiran stesen metro Mundka di barat ibu negara India.

Litar pintas dipercayai telah mencetuskan kebakaran tersebut.

Media tempatan melaporkan dua tangkapan telah dibuat susulan kejadian kebakaran itu.

Selepas api dipadamkan, operasi menyelamat diteruskan.

“Kami mengambil masa untuk kerja-kerja menyelamat memandangkan keluasan kawasan itu,” Sunil Choudhary, Timbalan Ketua Pomba, dipetik sebagai berkata oleh Times of India.

Menurutnya, kebanyakan mayat ditemui di tingkat dua bangunan yang didakwa tidak mempunyai sijil keselamatan kebakaran.

”Kami telah memulakan siasatan dan jika ada pegawai perbandaran didapati bersalah, tindakan tegas akan diambil,” kata pegawai tempatan yang dipetik Hindustan Times. – BBC (https://www.bbc.com/news/world-asia-india-61445600)