Warga emas yang dipukul oleh seorang penunggang motosikal di Padang Jawa baru-baru ini menafikan semua andaian buruk terhadapnya yang tular di media sosial.
Malah Zainoldin Hussain, 61 menegaskan, tidak menunjukkan isyarat lucah kepada pemuda berusia 23 tahun sehingga menyebabkan beliau dipukul.
Beliau juga berkata, tidak pernah memanggil penduduk kampung untuk memukul pemuda berkenaan.