Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff

PEKAN – Seramai 1,203 pesawah yang terkesan daripada bencana banjir di daerah Pekan telah menerima Bantuan Tabung Bencana Padi (TBTP) berjumlah RM3.05 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, kini hanya tinggal 40 pesawah yang masih belum menerima bantuan tersebut.

“Pesawah yang belum menerima bantuan tersebut berikutan akaun bank pesawah terbabit telah dormant, akaun ditutup atau menggunakan akaun orang lain,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mereka yang terkesan daripada bencana banjir itu melibatkan pesawah dari Skim Pahang Tua, Ganchong dan Merchong.

Menurut Mohammad Fakhruddin, Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) dengan Agrobank sedang berusaha menjejaki pesawah yang masih belum menerima bantuan tersebut.

Tambah beliau, pesawah yang terjejas boleh menghubungi terus pejabat IADA Pekan di talian 09-4260346 bagi sebarang pertanyaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast