Jordan Mintah. Foto MFL.

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menafikan tangkap layar perbualannya bersama pemain import pasukan Terengganu FC, Jordan Mintah baru-baru ini.

Perbualan menerusi aplikasi WhatsApp itu memaparkan menunjukkan Johan didakwa menghubungi Mintah dan mengajak pemain tersebut untuk berbincang tanpa melalui Terengganu FC sebagai majikan kepada pemain import tersebut.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya perbualan menerusi WhatsApp bersama Jordan Mintah yang sedang tular, ia adalah palsu dan saya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” tulis Johan di Twitter miliknya.

Mintah sendiri turut menafikan perkara ini apabila beliau memuat naik gambar di laman media sosial Instagram miliknya dengan menyatakan perbualan WhatsApp tersebut palsu dan menegaskan hatinya masih tetap bersama Terengganu.

Untuk rekod, Mintah pernah dikaitkan untuk menyertai gergasi Lembah Klang itu pada musim lepas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast