Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui berlaku kekurangan ubat-ubatan dan kemudahan berkaitan di hospital bukan kerajaan dan farmasi swasta tetapi ia tidak membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, ketika ini hospital di bawah kementerian mempunyai bekalan ubat-ubatan serta kemudahan berkaitan yang mencukupi.