Pengguna boleh boleh mendaftar bagi menjadi penguji di laman web www.justpay.net.my dan muat turun aplikasi justPay dari Google Play Store atau App Store dengan tarikh penyertaan antara 18 Jun sehingga 17 Ogos depan.

GEORGE TOWN – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) bakal melaksana projek perintis bagi sistem percubaan pembayaran terbuka JustPay untuk perkhidmatan bas Rapid Penang dalam menyokong hala tuju aspirasi pendigitalan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, sistem itu bakal menyediakan satu alternatif mod pembayaran tambang menerusi teknologi kod QR (Quick Response) dan aplikasi e-Wallet.

Muhammad Yazurin (tengah).

Jelas beliau, proses ujian terhad itu hanya membabitkan dua laluan iaitu 101 Weld Quay dengan Teluk Bahang dan laluan 613 Penang Sentral dengan Padang Serai serta dijangka selesai pada Ogos depan.

“Ujikaji prototaip aplikasi justPay ini sudah dijalankan beberapa bulan lepas dan fasa seterusnya merupakan proof of concept membabitkan sampel lebih ramai yang mana pelanggan Rapid Penang digalakkan mencuba dan menguji keupayaan serta fungsi aplikasi berkenaan.

“Pengguna boleh mendaftar bagi menjadi penguji di laman web www.justpay.net.my dan muat turun aplikasi justPay dari Google Play Store atau App Store dengan tarikh penyertaan antara 18 Jun sehingga 17 Ogos depan.

Sistem percubaan pembayaran terbuka ‘justPay’ untuk perkhidmatan bas
Rapid Penang dalam menyokong hala tuju aspirasi pendigitalan Prasarana negara.

“Segala komen dan peluang penambahbaikan akan diambil kira sebelum sistem ini digunapakai sepenuhnya dan kami menjemput pengguna tampil menjadi penguji sistem pembayaran terbuka justPay ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Muhammad Yazurin, aplikasi justPay dibangunkan menerusi kolaborasi antara Prasarana  Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE – anak syarikat Prasarana) dan Community  Marketplace Technology Sdn Bhd. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast