Dr. Sukumaran Nair

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) mahu kerajaan melantik ejen perekturan tempatan bagi tujuan pengambilan pekerja asing di negara ini.

Menurut Setiausaha Agungnya, Dr. N. Sukumaran, timbul dakwaan daripada ahli-ahli PPSMA terdapat agensi pekerja asing luar negara yang mengambil sehingga RM8,000 untuk seorang pekerja asing bagi digunakan oleh ejen pengambilan pekerja di Malaysia.

“PAPSMA sekali lagi menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk melibatkan Ejen Perekrutan Malaysia untuk terlibat dengan proses pengambilan dan perniagaan di Malaysia dan bukannya oleh ejen pengambilan asing yang tidak mempunyai lesen atau kuasa untuk terlibat dengan pengambilan pekerja asing di Malaysia.

“Jika kita tidak boleh menjalankan perniagaan pengambilan di mana-mana negara asing, bagaimana ejen pengambilan pekerja asing ini boleh berniaga di sini di Malaysia mengambil pelanggan sah kita tanpa kelulusan kementerian atau Kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berdasarkan kepada maklumat yang diberikan ahli-ahli PAPSMA mendakwa pelanggan mereka dicuri oleh ejen pengambilan pekerja dari Bangladesh dan Nepal di negara ini.

Jelas Sukumaran, ramai pelanggan PAPSM telah bertukar ke agensi pekerja asing itu yang menjanjikan kelulusan yang lebih cepat daripada Malaysia.

Malah, katanya, kelulusan itu juga tanpa prosedur biasa yang dilalui oleh agensi di bawah PAPSMA.

“PAPSMA menggesa pihak berkuasa menyemak percanggahan ini yang berlaku dalam proses kelulusan jika ada, bagi mengatasi kekecewaan yang disebabkan oleh proses itu kerana tidak mengikut prosedur biasa yang ditetapkan kementerian sebelum ini.

Sebelum ini, PAPSMA menerusi presidennya, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar melonggarkan kemasukan pekerja asing dari Bangladesh meliputi semua ahli Pertubuhan Ejen Rekrutmen Antarabangsa Bangladesh (BAIRA).

Ujar beliau, kelulusan itu sewajarnya diberikan kepada semua ejen pekerja asing dan tidak terhad kepada 25 agensi pekerjaan semata-mata.

Sukumaran berkata, sindiket ejen pemgambilan pekerja asing di luar negara menuntut sehingga RM8,000 dimana RM5,500 daripadanya digunakan untuk sindiket di Malaysia dan baki RM2,500 lagi digunakan oleh ejen pengambilan termasuk yuran kelulusan.

Dalam pada itu, PPSMA menyambut baik langkah Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di negara ini yang bertindak memperakui dokumen untuk ejen pemgambilan Bangladesh yang menjadi ahli BAIRA.

“PAPSMA sangat gembira kerana agensi pengambilan yang disahkan di Bangladesh ini tidak tersenarai dalam salah satu daripada 25 agensi pengambilan khas yang disyorkan atau ahli bersindiket.

“PAPSMA bersetuju bahawa dengan perakuan ke atas ahli bukan bersindiket membuktikan ejen bersindiket Bangladesh yang juga ahli BAIRA telah kehilangan status sebagai ejen istimewa di Bangladesh untuk membekalkan pekerja asing ke Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette