Dua buah kenderaan rosak teruk dalam insiden tanah runtuh di di Taman Bukit Sentosa, Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban, malam tadi. - Foto Ihsan Bomba.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan sejak petang semalam telah menyebabkan dua buah kenderaan rosak teruk dalam insiden tanah runtuh di di Taman Bukit Sentosa, Seremban malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 8.05 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Kejadian itu turut merosakkan sebuah pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd. (TNB) hingga mengalami kerosakan pada transformernya.

“Selain itu, pokok di kawasan sekitar juga tumbang dan menghempap dua kereta Mercedes Benz dan Volvo yang diletakkan berhampiran.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan ketika kejadian penduduk tiada di rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Sebuah pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mengalami kerosakan pada transformernya. Foto Ihsan Bomba

Jelas Mohammad, pihaknya telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak Majlis Bandaraya Seremban untuk tindakan lanjut

Beliau juga menasihati penduduk sekitar agar sentiasa berwaspada dan melaporkan kejadian tidak diingini kepada pihak berkuasa dengan segera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast