Pencemaran udara di New Delhi. Foto Getty Images

NEW DELHI – Pencemaran boleh memendekkan nyawa hampir 10 tahun di ibu negara India – bandar paling tercemar di dunia, menurut laporan kumpulan penyelidik Amerika Syarikat (AS).

Kajian itu menambah, purata jangka hayat India dipendekkan lima tahun pada tahap kualiti udara semasa.

Sebanyak 1.3 bilion penduduk India tinggal di kawasan yang mana “paras pencemaran zarah purata tahunan” melebihi had selamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu iaitu 5µg/m³, katanya.

Tambah laporan itu, udara buruk membunuh berjuta-juta orang di India setiap tahun.

Udara yang dipenuhi asap, yang biasanya meliputi bandar-bandar di India semasa musim sejuk, mengandungi paras zarah halus yang sangat tinggi yang dipanggil PM2.5 – zarah-zarah kecil yang boleh menyumbat paru-paru dan menyebabkan pelbagai penyakit.

Indeks Kehidupan Kualiti Udara Institut Dasar Tenaga di Universiti Chicago (EPIC) menyatakan kira-kira 510 juta orang yang tinggal di utara India – hampir 40% daripada penduduk India – “berada di landasan” untuk kehilangan purata 7.6 tahun nyawa mereka pada tahap pencemaran semasa.

Bagaimanapun, pengurangan tahap pencemaran kepada piawaian WHO bermakna dianggarkan 240 juta orang di negeri Uttar Pradesh, India utara akan memperoleh tambahan 10 tahun dalam jangka hayat.

EPIC mengatakan sejak 2013, kira-kira 44% daripada pencemaran global berlaku di India – kini negara kedua paling tercemar di dunia.

Laporan itu mengatakan lebih daripada 63% penduduk India tinggal di kawasan yang melebihi standard kualiti udara negara itu mengatakan bahawa 40µg/m³ adalah selamat.

Tetapi pada 2019, purata kepekatan bahan zarahan India ialah 70.3µg/m³ – tertinggi di dunia.

EPIC mengatakan bahawa pencemaran zarah adalah “ancaman terbesar kepada kehidupan manusia” di India dari segi jangka hayat dan sejak 1998 pencemaran zarah ini telah meningkat sebanyak 61.4%.

Ini menjadikannya pencemaran yang berlaku, risiko untuk maut lebih daripada merokok yang mengurangkan jangka hayat kira-kira 2.5 tahun.

Peningkatan pencemaran udara sejak dua dekad yang lalu di India disebabkan oleh perindustrian, pembangunan ekonomi dan penggunaan bahan api fosil.

Malah, bilangan kenderaan di jalan raya negara telah meningkat kira-kira empat kali ganda, kata laporan itu. – BBC